Thursday 13 October 2011

Kelas Pertama C++




Assalamualaikum...... Buat Mis N. " Sebut sahaja subjek C++" hati saya menjadi kecut dan takut. Kerana saya beranggapan bahawa ia mestinya subjek yang susah. Walau bagaimanapun saya bertekad untuk mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh kerana ia adalah satu subjek yang unik. Dalam subjek ini pada bab 1 ia menerangkan tentang pengenalan kepada Bahasa Pengaturcaraan itu iaitu tentang aturcara komputer, generasi Bahasa Pengaturcaraan, sejarah dan bahasa pengaturcaraan yang utama. 
          Manakala dalam bab 2 pula ia berkaitan dengan proses pengaturcaraan iaitu penerangan tentang aturcara, pengenalan alatan rekabentuk,proses penyelesaian masalah dan pengaturcaraan yang baik. Dalam bab 3  pula ia menerangkan tentang struktur kawalan yang menggunakan carta alir dan kod pseudo. Setelah belajar selama beberapa jam barulah saya mula memahami sedikit demi sedikit. Seronok belajar pada tajuk carta alir dan kod pseudo itu. Saya pun dapat memahami cara yang Mis N tunjukkan itu. Cuma memerlukan masa lagi lah untuk memahami keseluruhan tajuk-tajuk tersebut.